Saturday, 18 March 2017

ALATAN KHAS (SPECIAL TOOL)

ALATAN KHAS


1. Tap and Dies

2.Files (Kikir)

3.Hacksaw (Gergaji Besi)

4. Centre Punch

5. Scriber

6.Chisel (Pahat)

7. Toque Wrench

8. Allen Key

Friday, 17 March 2017

ALATAN ASAS

Alatan Tangan

I. Jenis SPANNER
II. Jenis SCREW DRIVER
III. Jenis HAMMER
IV. Jenis PLIER
V. Jenis SOKET


I. Jenis-jenis SPANNER



1. Open End Spanner (Sepana Hujung Buka)
- sepana jenis ini juga digunakan bagi mengetat atau melonggarkan nat. Sepana ini biasa digunakan pada tempat yang terbuka



2. Ring Spanner (Sepana Gelang)
- sepana jenis ini kedua-dua hujung bentuk gelang. Ia mempunyai saiz yang berbeza pada satu pepenjuru dengan lain. Gelang mempunyai segienam atau segidua belas.



3. Combination Spanner (Sepana Gabung)
- sepana ini adalah gabungan sepana hujung terbuka dan sepana gelang.



4. Adjustable Spanner (Sepana Boleh Laras)
- sepana jenis ini boleh dilaraskan mengikut saiz nat dengan memutarkan skru pelaras yang terdapat pada badannya.



5. Pipe Wrench (Sepana Paip)
- sepana paip digunakan pemaipan kerja-kerja bagi mengetat atau melonggarkan penyambung paip. Ia tidak boleh disesuaikan dengan kepala bolt atau nat.



6. Flare Spanner
- sepana jenis digunakan agar nat tidak mudah loose.



II. Jenis-jenis SCREW DRIVER




1. Flat Screwdriver (Pemutar Skru Rata)
- digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru-skru berkepala flat (-).



2. Philip Screwdriver (Pemutar Skru Philip)
- digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru berkepala philip (+).



3. Stubby Flat (Pemutar Skru Bonggol)
- digunakan khas untuk memutar skru berkepala rata di tempat sempit.



4. Stubby Philip (Pemutar Skru Bonggol)
- digunakan khas untuk memutar skru berkepala philip di tempat yang sempit.



5. Impact Screwdriver
- digunakan untuk memutar skru yang keras untuk dibuka.



IIII. Jenis-jenis HAMMER




1. Ball Pein Hammer (Tukul Kepala Bulat)
- digunakan untuk membengkok atau meratakan logam.



2. Plasric Hammer (Tukul Kepala Plastik)
- digunakan untuk mengetuk bahagian-supaya tidak rosak.



3. Claw Hammer (Tukul Kepala Kambing)
- digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.



4. Rubber Hammer (Tukul Kepala Getah)
- digunakan untuk mengetuk bahagian-bahagian supaya tidak rosak.



IV. Jenis-jenis Plier




1. Combination Plier (Player Gabungan)
- sesuai digunakan untuk kerja kerja mencengkam da memegang batang bulat.



2. Cutting Plier (Player Pemotong)
- digunakan untuk memotong rivet kecil, cemat, cemat baji dan kadang kadang untuk mencengkam benda kerja



3. Long Nose Plier (Player Muncung Tirus)
- digunakan untuk memegang bahagian bahagian kecil dan untuk kerja kerja membengkok atau membentuk.



4. External Circlip Plier (Player Klip Lengkung Luar)
-digunakan untuk membuka dan memasang klip gegasan luar



5. Internal Circlip Plier (Player Klip Lengkung Dalam)
- digunakan untuk membuka dan memasang klip dalam gegasan dalaman.



6. Grip Plier (Player Cekam Ragum)
- digunakan untuk mencengkam benda kerja dan untuk memegang batang batang bulat.

V. Jenis-jenis SOCKET




1.Box Socket (Kekotak Soket)
-Socket ini begitu luas digunakan, terutamanya untuk membuka, mengetat atau melonggarkan nat yang kepalanya mempunyai segi.



2. Deep Socket (Soket Dalam)
- digunakan untuk membuka dan mengikat bolt dan nat di dalam lubang yang dalam.



3. Socket Extention Bar (Soket Penghubung)
ia dihubungkan antara hulu handle dengan socket.



4. Rachet Handle (Pemegang gear Sehala)
- tidak perlu mengangkat angkat handle selepas setiap putaran.



5. Handle Bar / L Handle / T Handle
- digunakan untuk membuka nat yang ketat kerana handle ini mampu menanggung beban nat yang ketat.


*Banyak lagi alatan yang tidak disenaraikan didalam post ini, ia hanya memberi info bagi yang asas sahaja.


Thursday, 16 March 2017

ASAS BENGKEL

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum kita membincangkan tajuk yang akan dipaparkan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca untuk membaca blog saya. Blog ini bertujuan untuk menolong para pembaca diluar sana yang ingin mencari ilmu tentang automotif tetapi dalam bahasa melayu.


Sebelum memasuki tajuk yang lebih mendalam, kita perlu mempelajari asas dalam bengkel:

i- 5s
ii- Peraturan
iii- Keselamatan
iv- Bahaya (Hazard)
v- Peti kecemasan


i) 5s

Kebersihan perlu dilakukan selepas kerja-kerja dilakukan dengan berpandukan 5s. Kebanyakan syarikat telah mengamalkan 5s kerana mudah dan lebih berdisiplin. Apa itu 5s??


1. Seiri (sisih)
-mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

2. Seiton (Susun)
-menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan.

3. Seiso (Sapu)
-membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin-mesin & perkakas-perkakas.

4. Seiketsu (Seragam)
-memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat lerja yang tinggi di setiap masa.

5. Shitsuke (Sentiasa amal)
-melatih para pekerja mematuhi peraturan-peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.




ii) Peraturan ketika dibengkel



Peraturan diwujudan agar dapat menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja (langsung/tidak langsung). Perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:

1. Memakai ppe yang betul
2. Tidak bermain-main dengan mesin ketika on atau off.
3. Sentiasa menjaga disiplin.
4. Jangan bergurau senda di dalam bengkel.
5. Menjaga kebersihan diri dan tempat kerja.
6. Mengelak dari bahan berbahaya tersebar.
7. Mematuhi undang-undang keselamatan.


iii) Keselamatan ketika di Bengkel



Personal Protection Equipment




1.Pelindung muka (Shield Cover)
 -melindungi mata dan muka daripada kesan ultro violet serta percikan logam panas semasa mengimpal (welding).




2.Sarung tangan kulit (safety glove)
-untuk melindungi tangan dari melecur, terluka, tergores dll.









3.Apron kulit
-melindungi bahagian badan daripada haba panas, terkena habuk, terkena tumpahan minyak dll.



4.Kasut keselamatan (safety boots)
-untuk melindungi bahagian kaki daripada tercedera.




5.Gas Mask
-mencegah dari menyedut bahan kimia yang berbahaya yang memudaratkan kesihatan.




6.Goggles
-melindungi mata dari terkena habuk, serpihan berbahaya dll.




7.Earplug/Earmuff
-mencegah dari mendengar bunyi yang terlampau kuat.




8.Memakai pakaian yang SESUAI dan SELAMAT.



iv) Bahaya (hazard)



bengkel merupakan tempat yang amat berisiko. Jadi tidak hairanlah kita terdedah dengan bahaya tidak diduga. Antara contoh-contoh bahaya yang terdapat di bengkel ialah:

A) Bahaya terhadap keselamatan

i.   Bahaya mekanikal - tersepit, terpotong, terhantuk
ii.  Ketinggian - terjatuh
iii. Bahaya elektrikal - kejutan, melecur
iv. Bahaya kebakaran/letupan - kecederaan, kematian
v.   Permukaan licin - tergelincir, terjatuh

B) Bahaya terhadap kesihatan

i. Fizikal - kepanasan, kebisingan, getaran, kilat, pengudaraan
ii. Kimia - racun, asid
iii. Biologi - bakteria, virus
iv. Ergonomik - pergerakan berulang
v. Saikologi - tekanan kerja, gangguan seksual


V) Peti kecemasan 



Peti kecemasan adalah alat yang wajib ada di sesebuah bengkel. Ia perlu disediakan agar dapat merawat sementara kecederaan seseorang. Antara peralatan dan bahan yang perlu ada di dalam peti kecemasan ialah:

1. Cecair anti-septic salvon / Dettol
2. Blue lotion
3. Smelling salt
4. Kapas
5. Plaster
6. Krim anti-septic
7. Krim anti-lecur
8. Ubat mata
9. Pil penahan sakit
10. Kain pembalut
11. Anduh tigasegi
12. Gunting
13. Pisau
14. Plaster luka segera
15. Pil sakit perut
16. Krim mulut bonjela
17. Kapas dressing


>Habis sudah tajuk ASAS BENGKEL yang telah saya huraikan menjadi ringkas. Ikuti halaman seterusnya untuk mengetahui ilmu tentang automotif dengan lebih mendalam.