Sebelum memasuki tajuk yang lebih mendalam, kita perlu mempelajari asas dalam bengkel:
i- 5s
ii- Peraturan
iii- Keselamatan
iv- Bahaya (Hazard)
v- Peti kecemasan
i) 5s
Kebersihan perlu dilakukan selepas kerja-kerja dilakukan dengan berpandukan 5s. Kebanyakan syarikat telah mengamalkan 5s kerana mudah dan lebih berdisiplin. Apa itu 5s??
1. Seiri (sisih)
-mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
2. Seiton (Susun)
-menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan.
3. Seiso (Sapu)
-membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin-mesin & perkakas-perkakas.
4. Seiketsu (Seragam)
-memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat lerja yang tinggi di setiap masa.
5. Shitsuke (Sentiasa amal)
-melatih para pekerja mematuhi peraturan-peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.
ii) Peraturan ketika dibengkel
Peraturan diwujudan agar dapat menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja (langsung/tidak langsung). Perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:
1. Memakai ppe yang betul
2. Tidak bermain-main dengan mesin ketika on atau off.
3. Sentiasa menjaga disiplin.
4. Jangan bergurau senda di dalam bengkel.
5. Menjaga kebersihan diri dan tempat kerja.
6. Mengelak dari bahan berbahaya tersebar.
7. Mematuhi undang-undang keselamatan.
iii) Keselamatan ketika di Bengkel
Personal Protection Equipment
1.Pelindung muka (Shield Cover)
-melindungi mata dan muka daripada kesan ultro violet serta percikan logam panas semasa mengimpal (welding).
2.Sarung tangan kulit (safety glove)
-untuk melindungi tangan dari melecur, terluka, tergores dll.
3.Apron kulit
-melindungi bahagian badan daripada haba panas, terkena habuk, terkena tumpahan minyak dll.
4.Kasut keselamatan (safety boots)
-untuk melindungi bahagian kaki daripada tercedera.
5.Gas Mask
-mencegah dari menyedut bahan kimia yang berbahaya yang memudaratkan kesihatan.
6.Goggles
-melindungi mata dari terkena habuk, serpihan berbahaya dll.
7.Earplug/Earmuff
-mencegah dari mendengar bunyi yang terlampau kuat.
8.Memakai pakaian yang SESUAI dan SELAMAT.
iv) Bahaya (hazard)
bengkel merupakan tempat yang amat berisiko. Jadi tidak hairanlah kita terdedah dengan bahaya tidak diduga. Antara contoh-contoh bahaya yang terdapat di bengkel ialah:
A) Bahaya terhadap keselamatan
i. Bahaya mekanikal - tersepit, terpotong, terhantuk
ii. Ketinggian - terjatuh
iii. Bahaya elektrikal - kejutan, melecur
iv. Bahaya kebakaran/letupan - kecederaan, kematian
v. Permukaan licin - tergelincir, terjatuh
B) Bahaya terhadap kesihatan
i. Fizikal - kepanasan, kebisingan, getaran, kilat, pengudaraan
ii. Kimia - racun, asid
iii. Biologi - bakteria, virus
iv. Ergonomik - pergerakan berulang
v. Saikologi - tekanan kerja, gangguan seksual
V) Peti kecemasan
Peti kecemasan adalah alat yang wajib ada di sesebuah bengkel. Ia perlu disediakan agar dapat merawat sementara kecederaan seseorang. Antara peralatan dan bahan yang perlu ada di dalam peti kecemasan ialah:
1. Cecair anti-septic salvon / Dettol
2. Blue lotion
3. Smelling salt
4. Kapas
5. Plaster
6. Krim anti-septic
7. Krim anti-lecur
8. Ubat mata
9. Pil penahan sakit
10. Kain pembalut
11. Anduh tigasegi
12. Gunting
13. Pisau
14. Plaster luka segera
15. Pil sakit perut
16. Krim mulut bonjela
17. Kapas dressing
>Habis sudah tajuk ASAS BENGKEL yang telah saya huraikan menjadi ringkas. Ikuti halaman seterusnya untuk mengetahui ilmu tentang automotif dengan lebih mendalam.
boleh terangkan tentang perlindungan pada kenderaan seperti seat cover,fender cover,floor mats dan stering cover serta fungi
ReplyDeleteboleh transfer ke acc maybank saya dulu hehe.....
Delete